Assalamu alaikum wa rahmatUllaahi wa barokatuh السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Baru nak belajar-belajar (^^)"
Antara Coretan Design Cover untuk Kerja Kursus STAM 2010
Coretan memanaskan badan ketika membuat "COVER" kerja kursus STAM 2010...
=Cover Balaghah
"Agak comot tulisan ni...ye la, belum belajar guna kaedah sebenar. Ni la jadinya. (^^)"
=Coretan Cover kerja kursus Balaghah.
=Coretan "cover" kerja kursus Balaghah.
Antara Coretan Latihan Tulisan Khat Arab Peserta Putra
SMAI Toh Puan Hajah Rahmah
“Yaum Al-Insyitoh Al-Lasofiyah 2010 M”
Titik...cara menentukan tinggi dan lebar bentuk setiap huruf yang tunggal mahupun yang bersambung.
=Coretan latihan bersama Wakil Peserta Perempuan yang dibimbing oleh Ustaz Junaidi, Guru Seni Khat SMA Toh Puan Hajah Rahmah.
"Ayat dibaris atas sekali tu selalu dipakai untuk sepanduk Maulidur Rasul. Tapi si Blogger ni pulak, tak tentu arah tulisannya. Ye la, baru nak belajar kaedah betul. Tu yang bertitik-titik tu."
=Coretan_latihan untuk persediaan Pertandingan Khat Mahrajan Sanawi SMA2 JHEAINS 2010.
"Laa 'ilaaha 'illAllaah"
"Asyhadu 'al laa 'ilaaha illAllaah"
".......haa, ni seperti kurang latihan nampaknya. Baru kalimah Iman, belum lagi kalimah Amal. Terus tukar ayat lain"
"Balung??? haa..jangan silap, Blogger bukan orang Balung. Orang Labuan si'."
"Saje je nak tulis huruf " 'AIN". Tak jadi-jadi juga'. Mana nak bentuk badannya, bentuk kepalanya ketika tunggal atau bersambung dengan huruf yang menurun. Senang je bila banyak latihan."
"Tengok huruf Ha' pula. Kejap Thuluth, kejap Diwani."
Kepala huruf Ha' mempunyai pelbagai variasi apabila ia dalam keadaan tunggal & bersambung dengan huruf yang berkeadaan menaik atau menurun.
=Coretan Mahrajan Sanawi.
Coretan ini sedikit sebanyak ada peningkatan. Cuma ada beberapa huruf atau semuanya belum cukup untuk dikatakan cantik atau mengikut kaedah sepenuhnya.
"Terutamanya huruf 'Ain dan Ha'...Blogger nak memperbanyakkan latihan lagi. InsyaAllah"
=Coretan Mahrajan Sanawi 2010.
"Bentuk huruf Ha' yang kat atas & hujung tu jarang dipakai. Tapi, si Blogger ni saje nak cuba2 tulis bentuk macam tu. Entah jadi ke tidak. Harap ada yang dapat beri tunjuk ajar..(^^)"
=Coretan Mahrajan Sanawi 2010.
"Kat atas sekali, tulisan Old English Text MT."
Ditulis menggunakan Pen Khat. Jenis tulisan ini sering digunakan pada tulisan erti ayat untuk sepanduk Maulidur Rasul.
"Haa..kat sini, Blogger sikit sebanyak dah mula dapat menguasai khat.....Nasakh!? Khat Thuluth pun belum habis lagi... Sebenarnya, ada banyak lagi coretan yang tidak dipaparkan kat sini."
"Khat Nasakh ni...masa kat sekolah rendah dulu, dah boleh tulis dah. Alhamdulillah, lancar la juga. Bila dah masuk sekolah menengah, ingat la juga sikit2. Bila dah belajar khat Thuluth, dah terlupa dah cam ne nak tulis khat Nasakh."
"Alhamdulillah..Bila Blogger dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan Khat Mahrajan Sanawi, baru dapat "REFRESH" balik tulisan khat Nasakh."
=Coretan Mahrajan Sanawi 2010.
"Coretan ni buat kat kelas. Selain ulang kaji, dalam masa yang sama, si Blogger offer la kat kengkawan...'sesiapa yang nak namanya ditulis dalam tulisan Khat!!!'. Yang kat atas tu antara sebahagian daripada coretan yang Blogger buat kat kelas mase tu.
=Coretan Mahrajan Sanawi 2010.
"Semoga Allah mengampuni segala silap dan salah Blogger. Doa Kebaikan Dunia Akhirat kat atas tu...tak habis lagi ayatnya...mmm. Banyak yang perlu Blogger perbaiki dalam menyelami seni Kaligrafi Arab."
Semoga apa yang saya sampaikan dalam penulisan ini, mudah-mudahan ia dapat dijadikan pengajaran dan kesimpulan untuk lebih maju dalam seni Kaligrafi Arab sebagai jalan mensyi'arkan Agama Islam yang Syumul ini.
Segala kebaikan datangnya daripada Allah Ta'ala dan segala silap dan terkasar bahasa mohon dimaafkan dan mudah-mudahan Allah SWT memberi kita pengampunan atas kesilapan kita selama ini.
Mustami' yang setia:
Muhammad Bin Tamrin
Wilayah Persekutuan Labuan
Malaysia