Thursday, February 14, 2013

Koleksi Hasil Karya Para Peserta Pertandingan Khat Anjuran Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sempena Maulidur Rasul 1433 H

السلام عليكم
"Assalamualaikum"
Salam sejahtera ^^.

      Semoga Allah Ta’ala berkati seluruh hidup kita ^^.

      Pada 5 Februari 2012 Masihi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1433 Hijri, Biro Dakwah Dan Tarbiyah (BDAT) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah menganjurkan beberapa acara khusus yang menarik sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. di Rumah WYSK, Mesir. Antaranya ialah Pertandingan Seni Khat.

      BDAT telah melaksanakan beberapa persediaan untuk pertandingan ini, iaitu:
  1. Taklimat
  2. Alat tulis
  3. Kad Manila
  4. Tempat pertandingan
  5. Juri Hakim
  6. Juri Masa
  7. Hadiah
  8. Cenderahati
  9. dan sebagainya.
      Pada awalnya, BDAT ingin menjemput 2 orang Mahasiswa untak dilantik sebagai juri hakim bagi acara ini. Mereka berdua merupakan bekas pengerusi dan penulis Kelab Khat pada tahun 2006 & 2007 di Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajah Rahmah, Kota Kinabalu, Sabah. Saya hanya dapat berdiri seangkatan dengan salah seorang dalam kalangan mereka pada tahun 2007. Ketika itu, saya telah menjadi ahli baru kelab ini sejurus selepas diumumkan pemenang Pertandingan Khat bagi mencari pelapis dalam dunia Seni Khat.


      Atas asbab yang tidak dapat dielakkan, mereka tidak dapat menyatakan kesediaan untuk menerima tugasan ini. Tanpa melengahkan masa, BDAT telah mengajukan tugasan ini kepada saya untuk menggantikan mereka sebagai juri hakim pertandingan ini.


      Bahagian Penghakiman:
  1. Kaedah
  2. Kebersihan
  3. dan Kreativiti
      Acara telah dimulakan pada sebelah petang dan berakhir sebelum solat Maghrib. Saya telah memulakan tugasan sebagai hakim sebelum dan selepas solat Maghrib.


Antara hasil karya Seni Khat Mahasiswa/siswi Sabah Mesir




Johan Pertandingan Seni Khat (Ikhwah)



Naib Johan Pertandingan Seni Khat (Ikhwah)



Tempat ke-Tiga Pertandingan Seni Khat (Ikhwah)



Selebihnya juga terbaik, cuma kemenangan berpihak pada yang terbaik dalam kalangan yang terbaik (^^).





Johan Pertandingan Seni Khat (Akhwat)






Naib Johan Pertandingan Seni Khat (Akhwat)






Tempat ke-Tiga Pertandingan Seni Khat (Akhwat)

      Acara ini telah berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Khat dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul pada malam itu.

      Semoga Allah Ta'ala menyemaikan dalam hati kita sifat kasih & cinta kepada Kekasih kita, Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..

No comments:

جزاكم الله خير

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...