Saturday, January 19, 2013

Antara Koleksi Design T-Shirt Kelab Khat Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajah Rahmah 2008 & 2010

Design T-Shirt Kelab Khat Tahun 1429 Hijriah




  
  



Design T-Shirt Kelab Khat Tahun 1431 Hijriah

    
    
Link pada baju kelab khat ini ( http://www.topone_khatclub.com.my ), hanya sekadar hiasan.

  

Monday, January 14, 2013

Dakwah dan Tabligh - Dakwah : 41


٤١ - عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ سَعِيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَطَبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَأَثْنَى عَلَى طَوَائِفَ مِنَ المُسْلِمِيْنَ خَيْرًا، ثُمَّ قَالَ: مَا بَالُ أَقْوَامٍ لَا يُفَقِّهُوْنَ جِيْرَانِهِمْ، وَلَا يُعَلِّمُونَهُمْ، وَلا يَعِظُونَهُمْ، وَلا يَأْمُرُونَهُمْ، وَلا يَنْهَوْنَهُمْ، و مَا بَالُ أَقْوَامٍ لَا يَتَعَلَّمُوْنَ مِنْ جِيْرَانِهِمْ، وَلا يَتَفَقَّهُونَ، وَلا نَتَّعِظُونَ، وَاللهِ لَيُعَلِّمَنَّ قَوْمٌ جِيْرَانُهُمْ، وَيُفَقِّهُونَهُمْ وَيَعِظُونَهُمْ، وَيَأْمُرُونَهُمْ وَيَنْهَوْنَهُمْ، وَلَيَتَعَلَّمَنَّ قَوْمٌ مِنْ جِيْرَانِهِمْ، وَيَتَفَقَّهُونَهُمْ، وَيَتَّعِظُونَ أَوْ لَأُعَجِلَنَّهُمُ الْعُقُوبَةَ، ثُمَّ نَزَلَ فَقَالَ قَوْمٌ: مَنْ تَرَوْنَهُ عَنَى بِهَؤُلَآءِ؟ قَالُوا: الْلأَشْعَرِيِّينَ، هُمْ قَوْمٌ فُقَهَاءُ، وَلَهُمْ جِيْرَانٌ جُفَاةٌ مِنْ أَهْلِ الْمِيَاهِ وَالْأَعْرَابِ، فَبَلَغَ ذَلِك الْأَشْعَريِّينَ، لإَاَتَوا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ! ذَكَرْتَ قَوْمًا بِخَيْرٍ، وَذَكَرْتَنَا بِشَرٍّ، فَمَا بَالُنَا؟ فَقَالَ: لَيُعَلِّمَنَّ قَوْمٌ جِيْرَانُهُمْ، وَلَيَعِظُنَّهُمْ، وَلَيَأْمُرُنَّهُمْ، وَلَيَنْهَوُنَّهُمْ، وَلَيَتَعَلَّمَنَّ قَوْمُ مِنْ جِيْرَانِهِمْ، وَيَتَّعِظُوْنَ، وَيَتَفَقَّهُونَ أَوْ لَأُعَجِلَنَّهُمُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا، فَقَالُوا: يَ رَسُولَ اللهِ! أَنُفَطِّنُ غَيْرَنَا (وَفِيْ رِوَايَةٍ: أَبِطَيْرِ غَيْرَنَا)؟ فَقَالَ ذَلِكَ أَيْضًا، فَقَالُوا: أَمْهِلْنَا سَنَةً، فَأَمْهَلَهُمْ سَنَةً لِيُفَقِّهُوهُمْ، وَيُعَلِّمُوهُمْ، وَيَعِظُوهُمْ، ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الآيَةَ: {لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ بَنِيْ إِسْرَآئِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى بْنِ مَرْيَمَ} الآيَةَ. رواه الطبراني في الكبير عن بكير بن معروف عن علقمة، الترغيب ١/١٢٢، بكير بن معروف صدوق فيه لين، تقريب التهذيب.

41. Hazrat Alqamah Bin Said R.Anhu berkata: Rasulullah S.A.W. berkhutbah pada suatu hari lalu memuji sesetengah kaum muslimin. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: “Mengapakah ada kaum yang tidak mengajarkan kefahaman agama kepada jiran-jiran mereka, juga tidak mengajarkan agama dan memberi peringatan kepada mereka, serta tidak menyuruh mereka kepada kebaikan (ma’ruf) dan mencegah mereka daripada kejahatan (mungkar)? Dan mengapakah kaum itu tidak mahu belajar daripada jiran mereka, dan juga tidak mahu memahami agama serta tidak mahu menerima nasihat? Demi Allah! Hendaklah mereka mengajar pengetahuan agama kepada jiran-jiran mereka dalam bentuk kefahaman agama dalam diri mereka, nasihatilah mereka, ajaklah mereka kepada kebaikan (ma’ruf) serta larangilah mereka dari kejahatan (mungkar). Dan hendaklah pihak kedua belajar agama daripada jiran-jiran mereka, hasilkan kefahaman agama daripada mereka, dan terimalah nasihat mereka. Jika tidak aku akan mengazab mereka dengan azab yang keras (didunia ini lagi).” Kemudian Rasulullah S.A.W. turun dari mimbar. Orang ramai sibuk seketika memperkatakan tentang kaum manakah yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W., lalu mereka berkata: “Kaum Asy’ariyyin yang dimaksudkan kerana mereka adalah orang-orang yang berilmu sedangkan kampung-kampung di sekitar mereka adalah kaum yang tidak mengenali agama.” Desas-desus ini sampai kepada kaum Asy’ariyyin lalu mereka datang bertemu Baginda Rasulullah S.A.W. dan berkata: “Ya Rasulullah! Tuan telah memuji sesetengah kaum dan tuan telah menunjukkan rasa murka kepada kami, apakah salah kami?” Rasulullah S.A.W. menyebut perkara tersebut sekali lagi samada kaum ini mengajar agama kepada jiran-jirannya, menasihat mereka, menyuruh melakukan kebaikan (ma’ruf) dan melarang dari kejahatan (mungkar). Begitu juga samada mereka yang lain belajar daripada jiran-jiran mereka, menasihati mereka, menyuruh kepada kebaikan (ma’ruf) dan melarang mereka dari kejahatan (mungkar). Begitu juga samada mereka yang lain belajar daripada jiran-jiran mereka, mengambil nasihat daripada mereka dan hasilkan kefahaman agama, jika tidak di dunia ini lagi aku akan mengazab mereka dengan azab yang keras. Kaum Asy’ariyyin berkata: “Ya Rasulullah! Adakah satu kewajipan bagi kami untuk berusaha supaya orang lain faham agama?” Rasulullah S.A.W. sekali lagi mengulangi perintah tersebut. Mereka juga untuk kali ketiga bertanya perkara yang sama. Rasulullah S.A.W. kemudian berkata: “Ya”. Maka kaum Asy’ariyyin berkata: “Wahai Rasulullah! Berilah kami tempoh selama setahun.” Rasulullah S.A.W. memberi tempoh setahun kepada mereka supaya mengajar jiran-jiran mereka, membimbing dan membentuk kefahaman agama di dalam diri jiran-jiran mereka, mendidik mereka  dan menasihat mereka. Kemudian Rasulullah S.A.W. membaca ayat al-Quran ini:

لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ بَنِيْ إِسْرَآئِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى بْنِ مَرْيَمَ

Ertinya: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Isra’il telah dilaknat (didalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibnu Maryan” (Surah al-Maa’idah ayat 78)
(Hadith riwayat Imam Tabrani)

Dipetik dari:
Dakwah dan Tabligh - Dakwah : 41
Muntakhab Ahadith (2009, Klang Books Centre)



Wednesday, January 9, 2013

Ta'arruf (Pengenalan)

# Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang #

Saudaramu disisi Allah
Muhammad bin Tamrin
al-Jarsiki al-Lami (Kg. Gersik Lama)


Selamat Datang ke Blog
Penulis Seni Tulisan Arab Anak Jati Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
(Pulau Mutiara Laut China Selatan)

Kerjaya :

EX- ToPuHaRa Khat Club Members
Tahun 2007 ~ 2010 Miladiah bersamaan 1429 ~ 1430 Hijriah :
Ahli dan pengerusi (2010 M) Kelab Khat Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajah Rahmah

Tahun 2011 Miladiah bersamaan 1431 Hijriah ~ kini :
Persendirian

Oktober 2011 Miladiah ~ kini :
Mahasiswa Usuluddin Al-Azhar Mesir

Semoga Allah Ta'ala berkati usaha amal kita.

جزاكم الله خير

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...